Tempat Makan Menarik : Rumah Asap Simpang Julau

Rumah Asap Simpang Julau yang terletak kira - kira 5 km dari Pekan Julau mula di buka awal tahun 2017. Waktu operasi Rumah Asap ini adalah pada sebelah petang dan dibuka setiap hari. Selain itu, ada juga beberapa buah kedai yang dibuka dari pagi hingga ke malam. 

Rumah Asap menyajikan makanan non-halal termasuk makanan tradisional untuk pengunjung yang ingin merasa sendiri ala-ala masakan rumah panjang. Selain dari menjual makanan dan minuman, Rumah Asap ini juga ada menyediakan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik untuk para pengunjung yang datang berkunjung terutama sekali pada musim perayaan. 

Makanan Di Julau

Pansuh Manok

 

 

MANUK PANSUH atau ayam yang di masak di dalam buluh juga merupakan salah satu daripada makanan tradisi orang Iban Julau. Biasanya masyarakat Julau akan menggunakan ayam tua untuk dibuat "pansuh". makanan ini sedap dijadikan lauk dan "tabas" semasa perayaan. Daun ubi akan di diletakan pada hujung buluh untuk menghasilkan bau wangi.