IMG20241019114717

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Pekan Julau) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Pekan Julau, Sarawak dan  juga di kenali sebagai Community Broadband Centre (CBC), ini merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang terdapat di Sarawak. 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Pekan Julau) mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2009. Pusat ini terletak di Bangunan Pejabat Hutan Kecil Daerah Julau dimana bangunan ini berhampiran dengan kawasan pentadbiran di Daerah Julau. Lokasinya berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Julau, Pejabat Pos dan Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Peladang.

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Pekan Julau) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat iaitu mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI Pekan Julau) ini juga membolehkan masyarakat setempat dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Portal NADI Pekan Julau ini dibangunkan bagi memberi pelbagai maklumat disamping memperkenalkan kepada umum berkenaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Julau