Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara
Kelab Rakan Muda Julau.
Gambar: Bengkel Y Blog Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sarikei Dengan Kerjasama PI Pekan Julau.
Objektif:
- Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik
- Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
- Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti
- Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti.
Misi:
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.
Visi:
Alamat: Pejabat Kelab Rakan Muda Julau
2nd F/L , L208 Bazaar Julau.